Memaparkan catatan dengan label putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putih. Papar semua catatan

Putih hati

Maksud: Baik hati dan jujur.

Putih mata

Maksud:
1. Kecewa.
2. Mendapat malu.

Darah putih

Maksud:

Berketurunan orang bangsawan.

Bendera putih

Maksud: Mengaku kalah

Ungkapan lain:
1. Surrender

Laksana kain putih

Maksud: Sentiasa menurut kata orang. Kanak-kanak kecil yang mudah dibentuk kelakuannya.

Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak

Maksud: Perkara yang jelas dan nyata mudah dilihat.

Biar putih tulang jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungapan terdekat:
1.Better death than dishonour.
2. Better to die with honour than to live with shame.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon