Memaparkan catatan dengan label mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mata. Papar semua catatan

Ekor mata

Maksud: Jelingan mata

Angkat mata

Maksud: Berani melawan atau menentang.

Putih mata

Maksud:
1. Kecewa.
2. Mendapat malu.

Mencuci mata

Maksud:

Bersenang-senang dengan melihat sesuatu yang indah.

Mata duitan

Maksud: Orang yang mementingkan wang sahaja.

Rambang mata

Maksud bahasa Melayu:

Orang yang sukar membuat pilihan ataupun serba salah memilih.

Maksud bahasa Inggeris:

Spoiled for choice.

Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak

Maksud: Perkara yang jelas dan nyata mudah dilihat.

Biar putih tulang jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungapan terdekat:
1.Better death than dishonour.
2. Better to die with honour than to live with shame.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya.

Halwa mata

Maksud : Tontonan atau persembahan yang mengasyikkan.

Cahaya mata.

Maksud: anak

Ungkapan terdekat:
  1. Baby, children.

Jauh di mata, dekat di hati.

Maksud: Walaupun secara fizikal dua orang teman atau kekasih itu tinggal berjauhan tetapi mereka selalu teringat antara satu sama lain.

Ungkapan terdekat:
  1. Out of sight, near by heart.
  2. Gone but never forgotten.

Lidah lebih tajam daripada mata pedang.

Maksud : Ucapan atau kata-kata berbisa yang lebih menyakitkan hati berbanding pukulan atau serangan fizikal.

Ungkapan terdekat:
  1. The tongue is sharper than the sword.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon