Maksud: Penglihatan kurang jelas atau kurang terang.
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung
Maksud:
1. Orang yang buat kerja sedikit ataupun mendapat hasil yang sedikit, tetapi sangat heboh dan bangga.
2. Membesar-besarkan kejayaan ataupun usaha yang tidak seberapa(kecil/sedikit)
1. Orang yang buat kerja sedikit ataupun mendapat hasil yang sedikit, tetapi sangat heboh dan bangga.
2. Membesar-besarkan kejayaan ataupun usaha yang tidak seberapa(kecil/sedikit)
Ayam tambatan
Maksud:
1.Orang yang dianggap hebat dan menjadi harapan untuk membawa kejayaan ataupun kemenangan dalam sesuatu perlawanan.
2. Orang harapan.
1.Orang yang dianggap hebat dan menjadi harapan untuk membawa kejayaan ataupun kemenangan dalam sesuatu perlawanan.
2. Orang harapan.
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak
Maksud: Perkara yang jelas dan nyata mudah dilihat.
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Maksud:
1. Menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya)
2. Hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
1. Menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya)
2. Hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud:
1. Tidak tentu arah tujuan kerana kehilangan atau berpisah dengan sahabat karib.
2. Rakyat yang kehilangan pemimpin
3. Pasukan yang kehilangan pemimpin
1. Tidak tentu arah tujuan kerana kehilangan atau berpisah dengan sahabat karib.
2. Rakyat yang kehilangan pemimpin
3. Pasukan yang kehilangan pemimpin
Seperti ayam mematuk anaknya
Maksud: Menghukum anak bukan untuk menyiksa tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.
Hidup seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Maksud: Hidup miskin melarat tanpa pekerjaan tetap. Kerja pagi-pagi untuk makan pagi. Kerja petang untuk makan petang.
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut
Maksud: Orang bodoh suka menunjuk-nunjuk kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam sahaja.
Berketak ayam, tahu akan bertelur ataupun tidak
Maksud: Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu sama ada hal yang dikatakan itu benar ataupun bohong, berilmu ataupun tidak.
Ayam menang kampung tergadai
Maksud: Sesuatu keuntungan yang tiada faedah ataupun manfaatnya. Keuntungan yang merugikan.
Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu
Maksud: Sesuatu hal atau perkara yang mustahil.
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut
Maksud: Orang yang bodoh suka menunjuk-nunjuk akan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana bekerja diam-diam sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)