Memaparkan catatan dengan label tahi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahi. Papar semua catatan

Hangat-hangat tahi ayam

Maksud: Tidak berusaha bersungguh-sungguh.

Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Maksud: Sanak saudara apabila jauh selalu teringat atau terkenang, apabila dekat selalu bertengkar.

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

Maksud: Lebih baik mati kerana berjuang melawan musuh negara, daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungkapan terdekat:
1.Better death than dishonour.

Tahi arak

Maksud: Orang yang ketagih arak.

Ungkapan sepadan:
1.Kaki botol
2. Alcoholic
3. Kaki minum

Lempar bunga, dibalas lempar tahi

Maksud: Bersikap tidak mengenang budi ke atas orang yang membantu kita.

Ungkapan terdekat:
  1. Don't bite the hand that feeds you.
  2. Susu dibalas dengan tuba. 
  3. Seperti ulat lupakan daun.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon