Memaparkan catatan dengan label kaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaki. Papar semua catatan

Kaki naik, kepala turun

Maksud:
Keadaan orang yang bekerja keras tidak berhenti-henti siang dan malam.

Kaki bangku

Maksud: Orang yang tidak pandai bermain bola.

Alas kaki

Maksud: Sesuatu yang dipakai ketika berjalan. Contohnya kasut,terompah,selipar

Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya

Maksud: Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

Maksud: Setiap orang mempunyai kegemaran atau kesukaan yang berbeza.

Ungkapan terdekat:
1. Everyone to his own taste
2. Different strokes for different folks
3. So many man, so many opinions

Tahi arak

Maksud: Orang yang ketagih arak.

Ungkapan sepadan:
1.Kaki botol
2. Alcoholic
3. Kaki minum

Goyang kaki

Maksud: Tidak melakukan sebarang pekerjaan. Orang yang malas.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon