Memaparkan catatan dengan label jauh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jauh. Papar semua catatan

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

Maksud: Walaupun seseorang itu pergi merantau atau berdagang ke tempat yang jauh, yang lebih indah, lebih maju dan lebih baik, namun akhirnya dia akan kembali juga ke tanahair sendiri.

Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Maksud: Sanak saudara apabila jauh selalu teringat atau terkenang, apabila dekat selalu bertengkar.

Asam di darat, ikan di laut, di dalam belanga bertemu juga

Maksud 1: Perempuan dan lelaki kalau sudah jodoh, walaupun tinggal berjauhan atau dari berlainan bangsa dan keturunan, akan bertemu juga akhirnya.

Maksud 2: Kalau sudah jodoh tidak ke mana.

Streets apart

Maksud: Personaliti dua orang yang jauh berbeza. Kualiti antara dua produk atau servis yang jauh berbeza.

Ungkapan terdekat:
  1. Jauh berbeza.
  2. Berbeza sama sekali.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon