Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan

Anak emas

Maksud: Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa ataupun majikannya dan diberi layanan istimewa.

Put all one's eggs in one basket

Maksud bahasa Inggeris:
1. To make everything dependent on only one thing; to place all one's resources in one place, account, etc.
2. To risk losing everything by putting all your efforts or all your money into one plan or one course of action
3.  To risk your money or your reputation in support of one idea or plan

Maksud bahasa Melayu:
1. Melaburkan ataupun menyimpan semua sumber kewangan(wang atau emas) yang ada dalam satu tempat sahaja. Sama ada akaun simpanan ataupun tempat simpanan fizikal(seperti peti besi). Ada risiko/kemungkinan yang semua harta itu akan hilang.
2.Meletakkan semua usaha demi mencapai satu matlamat/perancangan dan berisiko untuk gagal/rugi kesemuanya sama sekali.

Masa itu emas

Maksud: Masa itu sangat berharga.

Ungkapan terdekat:
1. Time is money.

Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang(liar)

Maksud: Kelihatan kaya(pandai), sebenarnya miskin/bodoh dan bernasib malang.

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

Maksud: Walaupun seseorang itu pergi merantau atau berdagang ke tempat yang jauh, yang lebih indah, lebih maju dan lebih baik, namun akhirnya dia akan kembali juga ke tanahair sendiri.

Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri.

Maksud: Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

Ungkapan terdekat:
  1. East or west, home is best.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon