Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wang. Papar semua catatan

Wang saku

Maksud bahasa Melayu:

1. Duit yang diberi sebagai belanja harian.
2. Wang yang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Pocket money.

Wang panas

Maksud:

1. Duit yang mudah diperoleh.
2. Wang yang senang dapat dan senang habisnya.

Wang hangus

Maksud:
1.Wang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan untuk perbelanjaan kahwin.
2. Wang belanja yang tidak akan diperolehi kembali.

Wang muka

Maksud:

1.Wang yang dibayar dahulu sebagai tanda persetujuan untuk membeli sesuatu barangan.
2. Deposit.
3. Wang pendahuluan.

A nest egg

Maksud bahasa Inggeris: An amount of money that you have saved

Maksud bahasa Melayu : Wang simpanan ataupun pelaburan untuk masa depan.

Put all one's eggs in one basket

Maksud bahasa Inggeris:
1. To make everything dependent on only one thing; to place all one's resources in one place, account, etc.
2. To risk losing everything by putting all your efforts or all your money into one plan or one course of action
3.  To risk your money or your reputation in support of one idea or plan

Maksud bahasa Melayu:
1. Melaburkan ataupun menyimpan semua sumber kewangan(wang atau emas) yang ada dalam satu tempat sahaja. Sama ada akaun simpanan ataupun tempat simpanan fizikal(seperti peti besi). Ada risiko/kemungkinan yang semua harta itu akan hilang.
2.Meletakkan semua usaha demi mencapai satu matlamat/perancangan dan berisiko untuk gagal/rugi kesemuanya sama sekali.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Maksud: Kita mesti selalu berwaspada dan beringat-ingat terutama berkenaan hal wang dan harta benda, sebelum ia habis atau terlambat.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang

Maksud: Kasih sayang yang timbul kerana harta.

Ungkapan terdekat:
1.When poverty comes in at the door, love flies out of the window.

Wang sogok

Maksud: Rasuah

Tutup mulut

Maksud:

1.Wang sogokan atau rasuah yang diberi supaya tidak membuka rahsia.
2. Berdiam diri, membisu, tidak berkata-kata.

Chicken feed

Maksud: Dibayar wang yang sangat sedikit kerana melakukan sesuatu kerja.

Ungkapan terdekat:
  1. For peanuts

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

Maksud : Menyimpan wang atau mengumpul harta sedikit demi sedikit sehingga menjadi banyak.

Ungkapan terdekat:
  1. Little and often fills the purse.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon