Memaparkan catatan dengan label malu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malu. Papar semua catatan

Terlampau panggang, menjadi hangus

Maksud:
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

Ungkapan terdekat:
1. Hendak masak langsung hangus.
2. Hendak harum lalu hangit.

Menconteng arang ke muka

Maksud : Perbuatan yang memberi malu ataupun mengaibkan.

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Maksud:
1.Orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.
2. Sekiranya tidak mengetahui ataupun pasti akan sesuatu hal maka kita hendaklah bertanya orang yang lain(yang lebih arif).

Ungkapan terdekat:
Segan berkayuh, perahu hanyut.

Biar putih tulang jangan putih mata

Maksud: Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungapan terdekat:
1.Better death than dishonour.
2. Better to die with honour than to live with shame.

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

Maksud: Lebih baik mati kerana berjuang melawan musuh negara, daripada menanggung malu kerana menyerah kalah.

Ungkapan terdekat:
1.Better death than dishonour.

Malu-malu kucing

Maksud : Sifat pura-pura malu.

Tongue tied.

Maksud : Malu untuk berkata-kata atau bercakap.

Ungkapan terdekat:
  1. Kelu lidah.

 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon