Memaparkan catatan dengan label anjing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anjing. Papar semua catatan

Fight like cat and dog

Maksud bahasa Inggeris:
To argue violently all the time.

Maksud bahasa Melayu:
1. Sentiasa bergaduh.
2. Seperti anjing dengan kucing.

Bagai anjing dengan bayang-bayang

Maksud: Orang yang tamak mahukan harta orang lain, akhirnya harta sendiri yang hilang.

Seperti anjing berebut tulang

Maksud: Orang tamat berebutkan harta.

Seperti anjing mengunyah tulang

Maksud: Orang yang suka bersungut-sungut.

Ibarat melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit

Maksud:

Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih.

Ungkapan terdekat:

1. Bagai melepaskan anjing tersepit.

Anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh

Maksud: Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa atau hapus kebaikannya

Anjing menyalak di ekor gajah

Maksud: Orang yang lemah cuba melawan orang yang berkuasa, sudah tentu sia-sia sahaja.

Jangan mengusik anjing yang tidur

Maksud: Jangan sengaja mencari masalah dengan mengganggu sesuatu ataupun seseorang yang dapat mencetuskan masalah

Ungkapan terdekat:
1. Let sleeping dogs lie
2. Wake not a sleeping lion

Seperti anjing dengan kucing

Maksud: Dua orang yang selalu bertengkar
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon