Memaparkan catatan dengan label dog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dog. Papar semua catatan

The tail wagging the dog

Maksud bahasa Inggeris:

1. A small or unimportant factor or element governing an important one.
2. A reversal of the proper roles.
3. A situation where a small part is controlling the whole of something. 

Maksud bahasa Melayu:

1. Perkara kecil yang dianggap tidak penting tetapi memberi kesan yang besar.
2. Bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu alat/benda/hal, yang mengawal/menguasai pergerakan/operasi keseluruhan sesuatu alat/benda/hal.  

Fight like cat and dog

Maksud bahasa Inggeris:
To argue violently all the time.

Maksud bahasa Melayu:
1. Sentiasa bergaduh.
2. Seperti anjing dengan kucing.

Busuk hati/Hati busuk

Maksud: Jahat hatinya. Dengki dan khianat.

Ungkapan terdekat:
1.Spiteful.
2. Dog in the manger.
3. Mean.

Harimau mengaum tidak akan menangkap

Maksud: Kita tidak perlu takut kepada orang yang menengking-nengking marah, kerana lazimnya mereka tidak bertindak sampai mencederakan orang lain. Orang yang terlalu marah basanya tidak sampai memukul.

Ungkapan terdekat:
1. A barking dog never bites.
2. Hari guruh takkan hujan.

Fight like cat and dog

Maksud : Suka berkelahi, bergaduh, bertengkar, bertekak.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon