Memaparkan catatan dengan label tangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tangga. Papar semua catatan

Sudah jatuh ditimpa tangga

Maksud:
Ditimpa nasib malang yang berturut-turut.

Usaha tangga kejayaan

Maksud : Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

Ungkapan terdekat:
1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
2. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
3. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.

Kemudi patah, perahu tembuk.

Maksud: Malang yang datang bertimpa-timpa.

Ungkapan terdekat:
1. Sudah jatuh ditimpa tangga.
2. Misfortunes never comes singly.

Naik seperti semut, turun seperti ribut

Maksud: Hendak mencapai kejayaan selalunya sukar dan lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali atau sekejap sahaja.

Ungkapan terdekat:
1.Naik membilang anak tangga, turun selanhkah jejaklah ke bumi

Don't jump from the frying pan into the fire

Maksud : Setelah terlepas daripada satu bahaya atau kesusahan atau kemalangan, jangan pula terjebak ke dalam bahaya atau kesusahan atau kemalangan lain. Ditimpa satu demi satu bencana.

Ungkapan terdekat:
  1. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.
  2. Sudah jatuh ditimpa tangga.
  3. Dari lecah lari ke duri.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon