Memaparkan catatan dengan label spm2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spm2010. Papar semua catatan

Bagai aur dengan tebing

Maksud:
1.Persahabatan yang sangat akrab
2. Orang atau masyarakat yang hidup saling bantu-membantu dan tolong-menolong. Bekerjasama.

Ungkapan terdekat:

1. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
2. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
3. Seperti pahat dengan penukul.
4. Bagai isi dengan kuku.
5. Bagai dakwat dengan kertas.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Maksud:
1. Sekiranya kita bersatu dan berkerjasama maka kita dapat berjaya atau menang. Tetapi sekiranya kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.
2. Kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.

Ungkapan terdekat:
  1. United we stand, divided we fall.
  2. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat. 
  3. Muafakat membawa berkat
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon