Memaparkan catatan dengan label pucuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pucuk. Papar semua catatan

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Maksud:

1. Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan.
2. Semua orang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri.
3. Mementingkan diri sendiri.

Pucuk dicita ulam mendatang(tiba)

Maksud: Memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

Ungkapan terdekat:
1. Hendak ulam, pucuk menjulai.
2. Hendak air pancuran terbit.

Seperti pucuk layu disiram(ditimpa) hujan

Maksud: Hidup senang selepas melalui banyak penderitaan.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon