Memaparkan catatan dengan label dikejar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dikejar. Papar semua catatan

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Maksud: Jangan melepaskan sesuatu yang ada di tangan (dimiliki) demi mengejar sesuatu yang lebih baik, kerana kita belum pasti hal atau benda yang kita kejar itu akan berjaya dimiliki.

Ungkapan terdekat:
  1. Yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.
  2. A bird in the hand is worth two in the bush.

A bird in the hand is worth two in the bush.

Maksud bahasa Inggeris:

1. It's better to keep what you have than to risk losing it by searching for something better.

Maksud bahasa Melayu:

1. Kadang kala benda yang ada di tangan atau dimiliki adalah lebih baik. Oleh demikian jangan dikejar sesuatu yang kelihatan baik tetapi tiada kepastian yang kita akan mendapatnya dan mungkin kita terlepas benda yang sudah ada dalam tangan kita (yang mungkin lebih baik daripada yang dikejar itu).

2. Keuntungan yang diharapkan tidak didapati, sedangkan yang ada hilang pula.

Ungkapan terdekat:
  1. Mendengarkan guruh dilangit, air di dalam tempayan dicurahkan.
  2. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon