Memaparkan catatan dengan label angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label angin. Papar semua catatan

Makan angin

Maksud: Pergi bersiar-siar untuk berehat.

Kepala angin

Maksud:

1.Orang yang kelakuannya(perangai) sering berubah-ubah, ada kalanya baik, ada kalanya marah.
2. Angin yang mula-mula bertiup sebelum ribut.
3. Orang yang bodoh, tidak berakal.

Beralih angin

Maksud:
1.Bertukar tempat.
2. Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat.

Naik angin

Maksud bahasa Melayu:

1. Marah.
2. Tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah.
3. Berang.
4. Meradang.

Maksud bahasa Inggeris:

1. Get mad at someone/something.

Ambil angin

Maksud: Keluar bersiar-siar ke tempat menarik ataupun untuk menghirup udara nyaman

Atas angin

Maksud: Negeri-negeri yang berada di sebelah barat


Khabar angin

Maksud: Berita atau khabar yang belum pasti sah ataupun benar.

Ungkapan lain:
1. Rumours.
2. Desas-desus.

Ada angin

Maksud: Seseorang yang mempunyai sikap tidak menentu.

Ungkapan lain:
1. Moody.
2. Temperamental.

Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia.

Maksud:
1.Pekerjaan yang tidak tetap, pada bila-bila masa sahaja dapat dipecat.
2. Sesuatu yang dapat hilang dengan mudah, ataupun pada bila-bila masa sahaja boleh tercampak/terbuang.
3.Tidak selamat dan sentiasa terancam

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud:

1.Khabar angin yang didengar tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, kerana jika tidak, masakan orang bercakap mengenainya.

2. Sekiranya perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata mengenai hal itu.

Ungkapan terdekat:
  1. Kalau tiada api, masakan tiada asap.
  2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
  3. Hujan berpohon, panas berasal.
  4. There's no smoke without fire.
  5. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon