Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Rumah siap, pahat berbunyi

Maksud:
1.Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah sesuatu perkara itu diputuskan.
2. Perasaan tidak puas hati ataupun rungutan setelah kerja siap dilakukan kerana  kerja- kerja yang siap dilakukan tidak sempurna.

Tuan rumah

Maksud:
1. Penganjur sesuatu acara.
2. Tempat berlangsungnya sesuatu acara.
3. Pemilik rumah sewa.

Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di atas bantal hendak dihapuskan

Maksud: Kejahatan orang besar ataupun yang lebih kuat daripada kita hendak dilawan/dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tidak dapat diatasi.

Seperti Belanda minta tanah

Maksud: Tidak puas dengan pemberian orang, dan mahu minta lebih banyak lagi.

Ungkapan terdekat:
1. Makin murah, makin menawar.
2. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah.
3. Boleh sehasta, hendak sedepa
4. Diberi betis, hendak peha.
5. Give a man an inch, and he'll take a mile
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon