Memaparkan catatan dengan label perfect. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perfect. Papar semua catatan

Tak ada padi yang bernas setangkai

Maksud:
1.Orang yang hebat pasti ada kelemahan atau kekurangan.
2. Tidak ada sesuatu perkara atau benda yang sempurna semuanya.

Ungkapan terdekat:
1. Nobody is perfect.
2. Mana ada buluh tidak berbuku?

Alah bisa, tegal biasa

Maksud: Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

Ungkapan terdekat:
  1. Practice makes perfect.
  2. Custom makes all things easy.
  3. Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.

Bunga yang harum itu juga ada durinya

Maksud: Walau bagaimana hebat pun seseorang itu pasti ada kekurangan atau kelemahannya.

Ungkapan terdekat:
  1. Nobody is perfect.
  2. Rumah mana yang tidak bersampah.
  3. Mana ada buluh tidak berbuku.
  4. Tak ada padi yang bernas setangkai.
  5. There is no garden without its weeds.
  6. There are spots even in the sun.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon