Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud:
1.Cinta yang tidak berbalas
2.Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

Ungkapan terdekat:
1.Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Cinta itu buta

Maksud: Cinta yang membatasi kewarasan akal atau menurut hawa nafsu sehingga tidak nampak keburukan atau tidak mahu mengakui keburukan orang yang dikasihi itu.

Ungkapan terdekat:
1. Love is blind

Seperti bulan dengan matahari

Maksud: Pasangan yang sepadan.

Ungkapan terdekat:

1. Seperti bulan dipagar bintang

Seperti bulan kesiangan hari

Makud: Muka yang tersangat pucat

Bulan terang dalam rimba

Maksud: Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya pada orang yang tidak tahu menghargai kepandaiannya itu.

Sekali tersengat terus beringat

Maksud: Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak berulang sekali lagi

Ungkapan terdekat:
1. Once bitten, twice shy.
2. Once burned, twice shy.
3. Birds once snared, feared all bushes.
4. A scalded cat fears hot water.

Bulan jatuh ke riba


Maksud:

1.Mendapat untung atau rezeki besar.

Ungkapan terdekat:

1.Durian runtuh
2. Bagai bulan jatuh ke riba

Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya

Maksud: Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.

Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam

Maksud: Orang tua yang rasa dirinya masih muda atau berlagak muda.

Seperti telinga lintah

Maksud: Tajam pendengaran

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam

Maksud: Orang yang tidak pandai(bodoh) sekiranya belajar bersungguh-sungguh, nescaya menjadi pandai juga.

Ungkapan terdekat:
1.Lekuk batu dititik air selalu.
2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.

Tajam pisau kerana diasah

Maksud: Menjadi pintar atau berani kerana diajar dan diasuh.

Berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia

Maksud: Kata-kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan hati atau berbisa daripada serangan fizikal.

Ungkapan terdekat:
1.Lidah lebih tajam daripada mata pedang.
2. The tongue is more venomous than a serpents sting.
3. Keris lembing tiada tajam lebih tajam lagi mulut manusia.

Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit

Maksud: Lain yang dihajati/diingini, lain pula yang diperoleh.

Ungkapan terdekat:
1. Niat hati hendak memancing ikan termenung, sudah terpancing ikan setoka

Hajat dihati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Maksud: Kehendak hati terlalu besar sehingga tidak berupaya untuk mencapainya.

Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya

Maksud: Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan kata-kata yang lemah lembut

Bahu memikul, hati menyokong

Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sukarela bukan dengan paksaan.

Rupa harimau hati tikus

Maksud: Rupa sahaja garang tetapi pengecut atau penakut.

Makan hati berulam jantung

Maksud: Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan atau menyakitkan hati. Memendam rasa kerana perbuatan jahat orang lain.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya.

Beraja di hati, bersultan di mata

Maksud: Menurut kehendak nafsu sendiri.

Alah membeli menang memakai

Maksud: Barang yang baik mahal harganya tetapi dapat dipakai lama atau dapat bertahan lama ataupun kualitinya lebih baik.

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal

Maksud: Memperoleh hal atau perkara yang diingini.

Ungkapan terdekat:
1. Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.

Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit

Maksud: Merasa kuat kerana kelebihan diri masing-masing. Setiap orang mempunyai kekuatan atau kelebihan diri masing-masing.

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan

Maksud bahasa Melayu:

1. Orang yang memberi nasihat kepada orang lain, tetapi dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya.

Ungkapan terdekat:

1. Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul.

2. Bersihkan halaman sendiri dahulu, baru bersihkan halaman orang lain.

Melentur buluh biarlah waktu rebung

Maksud: Mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa kecil, apabila sudah besar hatinya keras dan sukar diajar.

Ungkapan terdekat:
1.Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.

Otak cair

Maksud: Cepat menangkap ataupun memahami perkara yang diajarkan.

Ungkapan terdekat:
1. Bijak
2. Cerdik
3. Pandai

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak(ramai) berlapang-lapang

Maksud: Buah fikiran ataupun idea yang kita dapat hasil perbincangan beramai-ramai lebih baik daripada buah fikiran kita seorang sahaja.

Tinggi duduk daripada cangkung

Maksud: Belanja lebih banyak daripada pendapatan.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud bahasa Melayu :

1. Pasangan yang sama taraf atau darjat.
2. Dua orang yang setaraf(kedudukan sosial atau ekonomi) dan sepadan.

Ungkapan terdekat:

1. Bersukat sama paras, bertimbang sama berat.
2. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
 
Peribahasa Melayu dan Inggeris Blog Design by Ipietoon